Read More

Software Percuma Untuk PC

Salam blogger kepada sahabat semua . Jumpa lagi kita hari ni . Bagaimana keadaan sahabat semua , ok ker ? Mintak-mintak le ok jangan ko udah le yer … hehe gurau ajer .. , Apa pun saya doakan sahabat semua berada dalam keadaan sihat dan berjaya hendaknya . Kali ini saya mahu berkongsi dengan sahabat semua laman web yang menyediakan software-software yang boleh didapati secara percuma untuk PC sahabat semua . Laman web yang akan saya sediakan sebebtar lagi merupakan laman web yang menyediakan pelbagai jenis software yang boleh kita download secara percuma dan boleh kita gunakan untuk pc kita . Jika sahabat semua berminat dengan software tersebut sahabat semua boleh klik di laman web yang saya akan berikan dan secara outomatik sahabat semua akan dibawa kelaman yang sahabat semua mahukan . Selamat menjelajah dan selamat mendownload . Filezilla RocketDock Operator TrueCrypt Disk Cleaner Calibre Picture Timeclock dsBudget Evernote Lightning Thunderbird Windows Live Mail Ultra...
July 23 2010   Posted Under: SoftwarePC

Menukar Format Word Ke PDF Dan PDF Ke Word

Salam semua ! Anda semua nak tahu bagai mana caranya ? Seperti yang kita ketahui, fail PDF adalah merupakan format fail paling popular di Internet kerana saiznya yang kecil. Pada asalnya, untuk membuat fail PDF ini memerlukan perisian yang mahal seperti Adobe Acrobat Pro. Namun kini anda boleh membuat fail PDF dengan mudah sahaja menggunakan perisian percuma CutePDF.

CutePDF boleh membuat fail PDF dari apa sahaja program dalam Windows yang mempunyai fungsi Print (termasuklah Word, Excel, Photoshop, AutoCAD, laman web, dan banyak lagi)pdf. Contohnya, jika anda sudah siap menaip satu dokumen di dalam Microsoft Office, tukarkannya kepada fail PDF dengan menekan Print, dan pilih CutePDF Writer sebagai printer anda.

Untuk menggunakan CutePDF Writer, anda haruslah terlebih dahulu install Ghostscript di dalam Windows. Download CutePDF Writer dan Ghostscript di sini.

Baru sahaja saya menulis sebuah entri tentang cara-cara menukarkan dokumen kepada fail PDF. Bagaimana pula jika sebaliknya?

Anda boleh gunakan servis online seperti Zamzar dan Koolwire untuk menukar format fail PDF kepada DOC. Namun jika anda lebih gemarkan perisian yang anda boleh download dan simpan dalam PC anda, serta boleh dijalankan tanpa perlu sambungan Internet, cubalah SomePDF to Word Converter.

Seperti namanya, SomePDF to Word Converter berfungsi untuk menukarkan fail PDF kepada fail Word supaya anda boleh mengubahsuai segala teks dan gambar yang terdapat di dalam dokumen tersebut. SomePDF juga membenarkan anda untuk menukar banyak fail PDF sekaligus, menjadikan urusan anda lebih cepat dan mudah.

Share/Save/Bookmark

Read More August 10, 2010   Posted Under: PDF Adobe

Wibiya Toolbar !

Secara jujur saya katakan bahawa dalam konteks pembinaan laman web, saya sukakan penggunaan plugin-plugin baru, widget, kod, script dan tool-tool lain yang boleh menjadikan laman web kelihatan lebih menarik dan bermanfaat.

Saya telah mencuba pelbagai jenis plugin di blog saya ini. Namun saya terpaksa membuang sebahagian besar daripadanya agar blog ini tidak dibebankan dengan “loading time” yang lama yang boleh melembabkan  fungsi plugin-plugin lain.

Sejak 2 minggu lepas, saya telah menjumpai satu tool yang sangat sesuai digunakan bagi menjadikan laman web lebih bersifat interaktif. Plugin tersebut ialah Wibiya Toolbar.

Anda boleh lawati http://www.wibiya.com untuk mendownload toolbar tersebut, tetapi baca dahulu posting ini sehingga habis kerana saya akan menerangkan dengan lebih lanjut fungsi dan kegunaan toolbar Wibiya secara detail.

Anda boleh lihat toolbar merah yang dipasang dibahagian bawah blog saya ini. Hari ini merupakan hari pertama saya mengaplikasikan plugin Wibiya Toolbar di puncakusaha2u.com. Minggu yang lalu, saya hanya mencubanya pada blog-blog saya yang lain. Mari saya kongsikan sedikit sebanyak  pengalaman saya selama  seminggu menggunakan Wibiya.

Wibiya ialah sebuah toolbar aplikasi rangkaian sosial yang ditempatkan dibahagian bawah sesebuah laman web atau blog sebagai alat komunikasi pengunjung dengan pemilik laman web. Antara fungsi yang dipasang pada wibiya ialah seperti berikut:

Facebook Fan page: Memaparkan update terkini facebook fanpage dan memudahkan pengunjung menyertai fanpage anda!

Facebook Community: Membangun komuniti anda sendiri dengan Facebook. Pengunjung boleh menyertai, mengulas posting dan melihat rakan anda yang telah menyertai! Mereka juga boleh dengan mudah berkongsi blog anda di profil Facebook mereka!

Twitter: Ini ialah fungsi kegemaran saya. Dengan Twitter Dashboard, pengunjung anda boleh tweet laman blog / posting anda, melihat siapa lagi yang telah tweet laman web / posting anda, mencari dan menambah rakan twitter, melihat trend topik dan melihat tweet terbaru anda dan profil Twitter ANDA!

RSS Feed: Membolehkan pengunjung melanggan RSS anda terus dari toolbar!

Live Notifications: Perlu membuat pengumuman kepada pengunjung anda? Live Notifications membolehkan anda melakukan hal tersebut. Sebaik sahaja toolbar Wibiya dipaparkan, pengunjung akan dapat melihat gelembung kecil yang mengandungi mesej anda. Jangan bimbang – message tersebut tidak akan terus muncul setiap kali mereka membuka halaman lain, kecuali jika anda telah menambah notis terbaru. Pengunjung juga boleh melihat rekod notis anda.

Recent Posts: Anda mungkin sudah memiliki senarai “recent posts” di bahagian sidebar anda, tetapi sekarang pengunjung boleh melayari mana-mana sahaja post anda dengan hanya menggunakan toolbar ini!

Share: Membolehkan pengunjung dengan mudah berkongsikan kandungan laman web anda di rangkaian sosial kegemaran mereka!
Search: Fungsi search ke laman web google.

Translator: Fikirkan anda mungkin mempunyai pengunjung dari negara lain? Sekarang anda boleh menawarkan pilihan terjemahan yang mudah bagi pengunjung-pengunjung anda dari luar negara! Ciri-ciri ini menggunakan Google untuk menterjemahkan posting anda blog / laman ke dalam 11 bahasa berbeza!

Photo Gallery: Fungsi ini membolehkan anda memaparkan image dengan menggunakan Cooliris Wall 3D!

Terlalu banyak fungsi yang boleh anda aplikasikan melalui Wibiya, bukan? Namun apakah jenis platform laman web yang boleh anda gunakan dengan Wibiya?

Anda boleh menggunakan Wibiya untuk hampir semua jenis laman web atau blog termasuk:

- WordPress
- TypePad
- Blogger
- Standard Website

Dari dashboard Wibiya, anda boleh mengetahui sejauh mana pengunjung anda mengaplikasikan toolbar ini melalui jumlah:

- Live Notifications yang telah dibaca
- Community Views
- Klik pada Posts Navigator
- Tweets yang dibaca
- Fan Page Views
- Posts Shared
- Subscribed Users to RSS Feed
- Translated Posts
- Website Searches
- Page Views Generated
- Posts Shared on Social Networks
- Page Views Generated from Facebook Community

Customization
Menyesuaikan toolbar anda semudah menekan satu butang! Tukar skim warna toolbar anda, menambah dan memadam butang, upload logo atau menukar Favicon dan semak statistik anda semua dari dashboard Wibiya!

Lapan alasan kenapa anda harus menggunakan toolbar Wibiya pada laman web atau blog anda:

1. Meningkatkan pageviews!
2. Pengunjung akan kekal lebih lama di laman web anda!
3. Menambah lebih banyak pelanggan RSS!
4. Menambah lebih banyak Twitter follower!
5. Menambah lebih banyak rakan Facebook!
6. Navigasi yang mudah di laman web anda!
7. Mengenali dengan lebih dekat pengunjung anda!
8. Membina komuniti online anda sendiri di internet!

Share/Save/Bookmark

Read More August 8, 2010   Posted Under: Wiget
  • perniagaan internet